Assalamu'alaikum w.b.t Salam perkenalan, salam keceriaan, salam kesejahteraan buat pembaca yang budiman. Semoga sentiasa di bawah naungan Yang Maha Esa dan dicintai Allah S.W.T. hendaknya, insya-Allah...
Kali ini tinta bicara kita berkisar tentang ayat-ayat cinta. Apa itu ayat-ayat cinta? Ayat-ayat romantik atau pun ayat-ayat pujangga? Sering kali kita mendengar bait puisi cinta, lagu-lagu cinta, talian cinta dan sebagainya di mana-mana sahaja. Di kaca televisyen, majalah, radio dan sebagainya sehingga tidak terbilang bilangannya. Tetapi pernahkah sang pencipta lagu, sang encipta puisi, sang penaut cinta memahami hakikat cinta yang sebenarnya?
CINTAdalam bahasa arab disebut MAHABBAHyang beerti kasih sayang. Menurut NashihUlwan, cinta adalahPERASAAN JIWA DAN GELOJAK HATI YANG MENDORONG SESEORANG MENCINTAI KEKASIHNYA DENGAN PENUH GHAIRAH,LEMBUT, DANKASIH SAYANG. Cinta adalahFITRAHmanusia yang murni, yang tak dapat dipisahkan dari kehidupannya.
Di antaraTANDA-TANDA CINTAialah rasa kagum/simpati, berharap, takut, rela,dan selalu ingat yang dicintainya. Tetapi sering kali manusia meletakkan rasa cinta itu pada harta, pangkat, keluarga, kekasih, dan sebagainya.
ALLAH S.W.T. berfirman : "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang dingini,iaitu: waniat-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik(syurga)." (Ali-Imran 2:14)
Segala perasaan cinta itu sepatutnya hanyalah untuk Allah: Cinta yang tiada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan dunia dan seluruh isinya. Allah telah memberi kita surat cinta yang agung. Ayat-ayatnya merangkumi segenap ruang hidup penerima surat cinta. Ianya merupakan ayat yang paling indah, paling berharga, dan yang paling unik. Alangkah sayangnya, adakah kita menghargai sepenuhnya surat cinta berupa kalam suci Allah itu? Pernahkah kita membalas surat cinta itu setimpal surat yang diterima? Jika surat cinta yang berupa satu muka dari insan berupa manusia dapat dibalas sebaiknya, mengapa surat cinta yang diutus dengan penuh kasih sayang oleh Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidak diendahkan oleh sang penerima? Sama-samalah kita fikir-fikirkan...
Allah S.W.T. berfirman : Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar 39 :53)
Ayat di atas adalah salah satu ayat cinta Allah buat kita. Ayat yang diungkaikan sangatlah indah. Kasih sayang yang ingin dilontarkan amatlah besar. Sekiranya saya atau saudari/saudari pembaca sendiri atau sesiapa sahaja hamba Allah di bumi ini mengabaikan diri mereka sendiri, rahmat Allah tetap bersamanya. Usahlah berputus asa atas rahmat-Nya. Pintu taubat santiasa terbuka buat hamba-hambaNya yang ingin bertaubat. Pernahkah kita hayati semua ini? Tanda-tanda cinta Allah buat kita? Cinta kasih Allah yang melebihi cinta seorang ibu buat anaknya. Sejauh manakah kasih kita buat pencipta kita Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang?
Semoga saya dan saudara/saudari dapat menyedari hakikat cinta yang sebenar, mengambil pengajaran dari surat cinta Ilahi. AYUH KITA KEJARI CINTA ALLAH!
"Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memanggil Jibril seraya berfirman: 'Aku mencintai si fulan, maka cintailah dia.' Jibril kemudian mencintainya dan berseru di langit: 'Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia.' Maka penghuni langit mencintainya dan ditetapkan penerimaan baginya di bumi." (Hadis riwayat Malik, Ahmad, Bukhari dan Muslim)
Jgn pelik nape blog sy ni name nyer mcm ni..sbb..bile2 mse jer sy bole tukar..sy ad byk nme@gelaran yg kwn2 sy panggil..antaranye UCU..ad sejarah@kenangan yg sgt mnis di sebalik gelaran 'UCU' ni tau..ad byk criter yg sy nk gtau, huhu..tp klu blog ni kite gune untuk b'cerita jer,ap 'class' kn?? so..sme2 lhkite m'plbgaikan kegunaan blog nie..xrugi klu kite wat gitu..jom! :)
Gantunglah azammu dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan."in Islam,there is no word for hand up,no word for surender,there are only two things: win as a MUJAHID or die as a SYAHID"